Walaupun Hijrahtul Rasul berlaku di bulan Rabiulawal, namun Roh Hijrah Nabi ini disambut di Awal Muharram saban tahun oleh Penganut Islam diseluruh Dunia. Di Malaysia, sambutan dikenali sebagai 'Maal Hijrah' dengan acara kemuncaknya di nobatkan seorang Tokoh Maal Hijrah.
Alangkah sedihnya pada tahun ini, Hijratul Rasul dipersendakan dengan menobatkan seorang yang jelas berdosa kepada Allah sebagai Tokoh Maal Hijrah. Bukan sekadar itu sahaja, beliau yang juga seorang Gabenor Bank Negara, yang jelas dan terang mendukung Kapitalis. Sebagai seorang Islam, kita harus sedar bahawa Kapitalis yang bertunjangkan sistem Dajjal secara terang dan jelas bukan hanya sekadar memanipulasi ekonomi umat, malah dengan halusnya sedang membawa umat ke jalan Syirik dengan membina berhala Ekonomi.
Tokoh yang dinobatkan langsung tiada kaitan dengan perjuangan Rasul, ahlulbaitnya malah sahabat2 Nabi dalam menjayakan misi Hijrahtul Rasul ini.
Tidakkah kita ketahui bagaimana besarnya pengorbanan Sahabat - sahabat Rasul dalam merealitikan Hijrah ini? Abu Salamah (suami Umu Salamah) yang meninggalkan Mekah tanpa Isteri dan anaknya setelah keduanya ditahan oleh Puak Musyirikin Mekah. Dan setelah itu anak tersebut juga dipisah dari ibunya, ,maka jadilah mereka sebuah keluarga yang terpisah - pisah. Dapatkah kita bayangkan situasi sebegini....?
Saidini Ali yang menggantikan Rasul diatas Ranjang, sedia menghadapi mati demi Islam dan kecintaan pada Allah dan Rasulnya. Begitu juga dengan Shuhaib yang meninggalkan semua kekayaannya kepada Musyirikin Mekah demi bersama Hijratul Rasul.
Hijrah adalah suatu peristiwa sejarah yang meninggalkan pelajaran yakni Sunnah Nabi dalam perjuangan serta ketaatan dalam menegakkan Kalimah Tauhid. Begitu juga ia meninggalkan satu gerakerja, iaitu 'teamwork' sesama sahabat dalam merealitikan perancangan Rasul di bawah arahan Allah s.w.t. Begitu juga contoh yang diperlihatkan oleh Saidina Ali tentang berkorban, dan mengutamakan orang lain daripada diri sendiri.
Inilah roh Hijrah yang perlu dihayati, dengan Dr Zeti yang dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah ianya merupakan persendaan kepada Hijratul Rasul malah pada Islam amnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan