Kesemua pertuduhan yang dibawa keatas Syiah di Malaysia, rasanya tidak benar, malah boleh dikatakan palsu serta bebaur futnah. Kalau benar sehingga kini belum ada pertuduhan di Mahkamah terhadap kelompok Syiah yang ditujukan. Begitu juga, laporan Polis yang dibuat oleh kelompok Polis, rasanya belum ada siasatan daripada pihak Polis, kenapa begitu....?
Sesuatu yang harus diakui bahawa Islam kini, sudahpun berpecah belah, daripada Islam Kerajaan, Islam Gerakan dan pelbagai kelompok lagi termasuklah Syiah mendakwa bahawa mereka adalah yang benar, sebab itu kesemuanya tidak dapat bersatu di bawah satu payung. Namun kesemua kelompok - tersebut mendapat tempat dalam Negara kecuali Syiah. UMNO yang mendukung Islam Kerajaan, mendominasi kesemua hal - hal yang berkaitan dengan Islam melalui tangan pemerintahnya. Islam PAS, dengan manhaj Gerakan Islamnya dengan mendukung Quran, Sunnah Nabi serta Ijtimak Ulama sebagai asas Perjuangan.
Begitu juga dengan Tabilgh, dibenarkan mengadakan Ijtimak Sedunianya di Putrajaya berapa tahun dahulu. Tidak terkecuali golongan yang menggelarkan kelompok mereka sebagai 'sunnah', malah dianugerah sebuah negeri di utara Malaysia. Selain itu banyak lagi golongan Islam lain yang berdiri di atas NGO, seperti ABIM, JIM, ISMA dan rasanya banyak lagi. Dan kesemuanya ini mendapat ruang untuk menyebar luaskan fahaman serta Manhaj mereka, tanpa mendapat tentangan samaada dari Islam Kerajaan mauhupun Islam Gerakan seperti PAS. Mengapa begitu....?
Berkenaan dengan ajaran sesat di Malaysia, terlalu banyak untuk disenaraikan. Ajaran sesat boleh berdiri diatas mana - mana fahaman samaada dari Kelompok Ahli Sunnah Wal Jamaaah maupun pada Syiah. Arqam yang dikategorikan sebagai sesat adalah ahlul sunnah wal jamaah. Begitu juga dengan Islam Liberal, Black Metal dan lain - lain, mereka ini juga lahir dari golongan ASWJ, boleh kah dikatakan bahawa ASWJ itu sesat....?
Keberadaan Syiah di Malaysia adalah kesinambungan kebangkitan Syiah di Iran selepas Revoulusi Iran 1979, walaupun sebelumnya Iran berfahaman Syiah, namun ia tidak pernah di kategorikan sebagai sesat, adakah kerana ia mendukung Amerika...?Di Malaysia, rasanya belum ada Masjid yang diambilalih oleh kelompok Syiah, tetapi golongan 'sunnah' rasanya memang ada sehinggakan menimbulkan konflik dikalangan Jemaah setempat.
Dengan kemelut yang berlaku sekarang, adalah baiknya Syiah dibenarkan membela diri mereka, memberi ruang untuk menjelaskan fahaman mereka. Perlu juga difikirkan sebarang konflik dengan golongan Syiah ini, kita juga mencipta konflik dengan sebuah Negara Islam yang jelas maju dari segi Teknologinya. Ulama - Ulama serta Ustaz - ustaz tidak harus berfikiran jumud dan konsevartif sekiranya ingin melihat Islam bersinar kembali.
Sehingga kini, rasanya belum ada kes daripada golongan Syiah yang boleh membahayakan Negara, keberadaan Syiah di Malaysia adalah hanya mengajak umat Islam menyintai Ahlul Bait dan ini dapat dibuktikan dengan program yang dilaksanakan oleh mereka. Begitu juga program mereka tidak pernah melibatkan masjid - masjid kerana takut timbul kekeliruan di kalangan masyarakat.
Kemelut Syiah di Malaysia ini, hanyalah ciptaan oleh golongan - golongan tertentu dalam menutup kegagalan mereka dalam menegakkan Islam, dan mereka lupa dengan provokasi sebegini Syiah kian dipelajari.....Harus juga diakui, Syiah bukan masaalah, yang masaalah adalah Ulama - Ulama dan Ustaz - Ustaz yang beraliran ASWJ. Mereka sering melaungkan 'tajdid' sedangkan mereka tidak pernah melakukannya.
Akhir sekali, hentikanlah fitnah keatas Syiah...,berilah ruang untuk mereka membela. Ingatlah Islam adalah Ugama berkasih sayang...........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan